Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

15) PEMBALAKAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri telah melakukan Penilaian Kesan Alam Sekitar (Enviromental Impact Assesment) terhadap aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Langat sebelum memberi sebarang kelulusan bagi aktiviti pembalakan?

    Pada masa kini, Daerah Hulu Langat adalah merupakan  daerah  yang  paling banyak terbabit bagi pelaksanaan projek-projek nasional seperti pembangunan infrastruktur lebuhraya, jajaran talian TNB dan projek pembekalan air mentah dengan jumlah enam (6) projek kesemuanya. Senarai projek yang terlibat dengan pembinaan Lebuhraya Bertingkat ialah East Klang valley Expressway (EKVE) dan Lebuhraya Sungai Besi – Klang (SUKE). Dua (2) projek bekalan air mentah iaitu penyaluran Projek Air Mentah Pahang – Selangor (Langat I) dan beberapa komponen Projek Air Langat 2 dan dua (2) projek bagi jajaran penghantaran talian TNB iaitu PMU Kampung Pandan – Ampang East dan Bentong – Lenggeng. Kesemua projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui MMKN dan lima (5) projek telah mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) kecuali satu (1) projek iaitu projek jajaran penghantaran talian elektrik TNB.

    Projek jajaran penghantaran talian TNB 275KV PMU Kampung Pandan – Ampang East telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui MMKN ???/2010. Pada masa tersebut, kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar masih tidak diperlukan lagi semasa projek tersebut mula dilaksanakan.

    Selain itu, pihak Jabatan Perhutanan juga ada melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan syarat-syarat lesen pembalakan sepertimana terkandung di dalam Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 dan Kaedah-kaedah Hutan Selangor (Pindaan) 2017.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.