Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

155) PEMBANGUNAN BANDAR PETALING JAYA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tempoh yang diberikan kepada 'Task Force' diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memutuskan kadar pajakan selepas diumumkan pada awal tahun 2010?

    Kerajaan Negeri mahu agar Jawatankuasa Kerja (Task Force) ditubuhkan bagi
    meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri. Bagi tujuan ini Pejabat Tanah
    Daerah Petaling akan dijadikan sebagai Projek Pemandu dengan penubuhan “Task
    Force” yang bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada pemilik-pemilik tanah
    berhubung kelebihan melanjutkan tempoh pajakan kepada 99 tahun
    .
    Y.B. Pegawai Kewangan Negeri bersama PTGS dan PTD Petaling telah mengkaji
    formula pengiraan terbaru dan lain-lain insentif yang akan dikenakan kepada
    penduduk di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun kertas cadangan tersebut
    masih dalam pertimbangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.