Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

102) PEMBANGUNAN BANDAR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang dan bersetuju menggariskan kawasan berhampiran dengan stesen LRT dan MRT sebagai kawasan berkepadatan tinggi?

    Setakat ini, Kerajaan Negeri tiada sebarang cadangan bagi menggariskan manamana kawasan berhampiran dengan stesen LRT dan MRT sebagai kawasan berkepadatan tinggi. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri amat menggalakkan Pembangunan Berasaskan Transit (TOD) di Negeri Selangor. Di dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor turut mencadangkan dasar khusus bagi memastikan pelaksanaan TOD dapat dicapai.

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Selangor sedang menjalankan kajian khas kawasan berpotensi TOD di Selangor dengan memberi fokus di kawasan-kawasan stesen berasaskan rel sedia ada dan yang telah komited. Kawasan-kawasan berhampiran dengan pusat TOD ini boleh dicadangkan untuk kepadatan tinggi atau menerapkan konsep pembangunan padat (compact city) dengan penyediaan kemudahan-kemudahan utama dan sokongan yang mencukupi.

    Setelah kajian kawasan berpotensi TOD ini disiapkan dan dipersetujui di peringkat Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan akan menyelaras dan memperincikan melalui rancangan tempatan masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.