Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

149) PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendekatan dan bentuk kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor dengan persatuan sukan negeri atau daerah serta pihak swasta dalam mencari dan mencungkil bakat-bakat baru belia remaja yang berpotensi dan berkualiti di dalam sukan-sukan tertentu?

    Majlis Sukan Negeri Selangor telah merangka pelbagai kaedah atau pendekatan kerjasama dan usahasama bagi memastikan pelan program pembangunan sukan di negeri Selangor dapat memberi impak yang berkesan. Antara pendekatan dan bentuk kerjasama yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

    1. Mengadakan program ‘Talent Identification Development’  (TID) iaitu jalinan usahasama melalui Institut Sukan Negara (ISN) dibawah kendalian Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPTN), Majlis Sukan Negara dan Unit Sains Sukan serta Persatuan-persatuan Sukan Negeri (PSN) mengikut jenisjenis sukan berkaitan.
    2. Menganjur Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES). SUKSES adalah merupakan ‘platform’ serta medan pertandingan bagi mencungkil bakatbakat baru serta mengetengahkan atlet sukan yang berpotensi terutama peringkat umur bawah 20 tahun. Perlaksanaan SUKSES adalah melibatkan penyertaan atlet dari seluruh daerah dalam negeri Selangor. Bermula tahun 2011 pihak majlis telah mengambil pendekatan format penganjuran SUKSES mengikut format penganjuran SUKMA. Ini bertujuan memberi fokus pada keterlibatan acara sukan yang dipertandingkan di SUKMA diaplikasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.