Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

95) PEMBANGUNAN DAN PERNIAGAAN HARAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil terhadap percambahan tersebut?

    Bagi bangunan – bangunan yang dibina tanpa kebenaran, pihak PBT sentiasa membuat pemantauan dan penguatkuasaan dengan mengeluarkan notis kesalahan di bawah Seksyen 70 (13) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) bagi mengawal sebarang pembinaan bangunan tanpa kebenaran di bawah pentadbiran pihak PBT. Kerjasama dan pemantauan di antara jabatan dalaman sentiasa dibuat bagi memastikan semua bangunan yang dibina mendapat kelulusan pihak PBT. Bagi yang tidak mempunyai lesen pula, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan sama ada Notis Tawaran Kompaun (NTK), sitaan dan juga pendakwaan. Lesen tidak akan dikeluarkan kepada premis yang menjalankan perniagaan di bangunan-bangunan tanpa kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.