Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

237) PEMBANGUNAN DESA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan pembangunan desa yang disalurkan mengikut daerah sejak 2013.

    1. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha keras untuk memastikan infrastruktur yang dinikmati oleh masyarakat pinggiran bandar adalah setanding dengan infrastruktur yang dinikmati oleh masyarakat di bandar. Bagi memastikan kelengkapan dan kesempurnaan infrastruktur ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan jumlah kewangan yang besar khas untuk menampung kos pembaikan dan pengwujudan infrastruktur baru di kawasan kampung. Pada tahun 2015, jumlah peruntukan yang diberikan untuk penyelenggaraan jalan kampung adalah sebanyak RM12 juta berbanding RM4 juta pada tahun 2014, manakala bagi menaiktaraf kemudahan asas desa peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM4 juta. Jumlah peruntukan pembangunan desa yang disalurkan mengikut daerah adalah seperti berikut:

     

    Vot Penyelenggaraan Jalan Kampung & Vot Kemudahan Asas Desa

     

     

    BIL. DAERAH TAHUN 2013 TAHUN 2014 TAHUN 2015
    1 PETALING 483,158.90 762,650.00 1,071,970.00
    2 KLANG 459,316.00 624,469.80 1,166,852.24
    3 GOMBAK 485,532.46 730,642.00 1,609,990.50
    4 HULU LANGAT 406,145.70 811,510.76 2,854,509.00
    5 KUALA LANGAT 399,153.34 747,825.00 958,207.00
    6 HULU

    SELANGOR

    488,338.53 799,920.00 654,162.83

     

    7 KUALA

    SELANGOR

    358,978.00 760,446.53 2,316,094.50
    8 SEPANG 432,160.00 467,750.00 1,032,322.40
    9 SABAK

    BERNAM

    496,042.10 788,029.15 1,483,654.00
    JUMLAH 4,008,825.03 6,493,243.24 13,174,762.47

     

    (Sumber : Seksyen Agihan & Pembangunan, Unit Perancang Ekonomi Negeri)

Lampiran

Tiada Lampiran.