Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

155) PEMBANGUNAN DI CYBERJAYA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan membangunkan kawasan sekitar supaya limpahan kekayaan dapat dikongsi bukan sahaja dengan pembeli rumah kos tinggi tetapi juga untuk rakyat tempatan?

    Berdasarkan kelulusan pelan induk Cyberjaya bil. MPSepang P/CJ/PS/10/2/2/88 bertarikh 26 Januari 2012 dan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang 2025 yang telah diwartakan dengan no. warta 286 bertarikh 19 Januari 2017 telah merancang pembangunan Cyberjaya secara teratur dengan mengambilkira keperluan penduduk setempat berdasarkan Garis Panduan Perancangan Negeri Selangor semasa.

     

    Antara keperluan yang diambilkira semasa pembangunan adalah seperti berikut:

    1. Penyediaan kemudahan awam seperti masjid, sekolah rendah & menengah, hospital, klinik kesihatan dan kawasan rekreasi
    2. Penetepan penyediaan rumah mampu milik di Cyberjaya sebanyak 45% iaitu 14,350 unit daripada keseluruhan 36,046 unit kediaman
    3. Penyediaan kedai mampu milik mengikut Garis Panduan Perancangan Negeri Selangor semasa dan Dasar Lembaga Perumahan & Hartanah Negeri Selangor
    4. Penyediaan pengangkutan awam seperti Bas Smart Selangor dan Laluan MRT2 daripada Serdang ke Putrajaya Sentral melalui 2 stesen di Cyberjaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.