Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

325) PEMBANGUNAN DI KAWASAN BEKAS KEDAI TERBAKAR DI JALAN SASARAN PEKAN SUNGAI BULOH

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membangunkan semula kawasan tapak kedai yang terbakar di Jalan Sasaran Pekan Sungai Buluh?

    Pihak Majlis tidak bercadang untuk membangunkan semula tapak kedai yang terbakar tersebut. Majlis akan mengemukakan permohonan untuk mewartakan tapak tersebut sebagai kawasan lapang awam kerana tapak tersebut berada dalam kawasan rezab sungai yang mana sepatutnya berada dalam keadaan dan lapang dan boleh dibangunkan untuk tujuan taman awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.