Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

46) PEMBANGUNAN DI KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah projek pembangunan pada kecerunan kelas III yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor terdahulu di kawasan Hulu Kelang yang sedang dan dalam perancangan pelaksanaannya?

    Terdapat 16 lokasi projek pembangunan yang terlibat dengan JKSAS yang
    berada dalam kelas 3 (>25′- <35′) yang telah diluluskan Kebenaran Merancang sehingga siap diduduki sejak dari tahun 2000.

    i) Baru-baru ini Kerajaan Negeri telah membuat keputusan pembangunan
    kelas 3&4 tidak lagi diluluskan manakala bagi pembangunan yang telah
    diluluskan sebelum ini boleh diteruskan dengan mematuhi segala syarat
    yang ditetapkan.

    ii) Bagi pembangunan Bukit Melawati, MPAJ telah memberikan kelulusan.
    Walau bagaimanapun, projek tersebut belum boleh dimulakan kerana
    penduduk telah memfailkan bantahan mereka ke Lembaga Rayuan di
    Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor. Tarikh
    pendengaran adalah 27 Mei 2008 dan projek pembangunan tersebut
    bergantung pada keputusan Lembaga Rayuan seperti terkandung dalam
    Akta 172

Lampiran

Tiada Lampiran.