Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

242) PEMBANGUNAN DI KUIL BATU CAVES

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan projek Pembangunan atas sekeping tanah berdekatan dengan Kuil Sri Mahamariamman Batu Caves yang dimiliki oleh Syarikat Dolomite Industries Sdn Bhd telahpun diluluskan pada tahun 2007 dan projek tersebut dibantah oleh Jawatankuasa Kuil tersebut. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memelihara keceriaan pemandangan destinasi pelancongan ini?

    Kerajaan Negeri berpandangan keseluruhan keceriaan pemandangan destinasi pelancongan ini tidak terjejas memandangkan lokasi projek pembangunan tersebut terletak di luar lokasi tumpuan destinasi pelancongan ini. Namun begitu, kerajaan akan mengambil langkah mempertingkatkan kemudahan pelancongan dan landskap di sekitar kawasan pembangunan dan pusat pelancongan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.