Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

172) PEMBANGUNAN DI LERENG BUKIT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status ÕGaris Panduan Bagi Pembangunan Di Lereng BukitÕ yang diwarwarkan akan dilaksanakan pada hujung tahun ini

    Draf Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi dan Lereng Bukit Negeri Selangor telah disiapkan dan disediakan bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Selangor. Draf Garis Panduan ini telah dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 24/2009 bertarikh 5 Ogos 2009. MMKN telah mengarahkan supaya mengadakan bengkel bagi mendapatkan maklum balas dari pihak-pihak yang berkepentingan berkenaan dengan perancangan dan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi.

     

    Bengkel Pertama Draf Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi dan Lereng Bukit Negeri Selangor telah diadakan pada 18 September 2009 bersamaan 28 Ramadhan 1430H di Dewan Annex. Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 198 peserta yang terdiri dari Y.B Exco, Y.B Ahli-Ahli Parlimen, Y.B Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, persatuan-persatuan penduduk, badan bukan kerajaan berasaskan alam sekitar, pemaju hartanah dan ahli-ahli profesional. Di dalam bengkel tersebut seramai 10 orang dengan 16 isu/perkara yang telah dibangkitkan terhadap Draf Garis Panduan yang disediakan.

     

    Bengkel Kedua akan diadakan pada 7 November 2009 bersamaan 19 Zulkaedah 1430H. Oleh kerana kesuntukan masa pada Bengkel Pertama, pihak pemaju tidak sempat untuk memberi pandangan dan maklum balas mereka. Sehubungan itu, Bengkel Kedua akan memberi fokus dan peluang kepada pihak pemaju dan profesional untuk memberi maklum balas terhadap   Draf Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi dan Lereng Bukit Negeri Selangor. Dijangka seramai 150 orang akan menghadiri Bengkel Kedua ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.