Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

45) PEMBANGUNAN EKONOMI NELAYAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan segera Jabatan Perikanan Negeri bagi memastikan sumber perikanan di perairan Negeri Selangor bertambah?

    Sumber ikan laut telah diterokai sehingga ke tahap maksima dan usaha mengekalkan sumber pada tahap sekarang merupakan satu tugas yang sangat mencabar. Antara usaha pengekalan sumber yang telah dilakukan ialah membanyakkan tukun-tukun atau tempat ikan berkumpul dan seterusnya membiak. Sehingga kini terdapat 5 buah atau tempat di mana tukun-tukun telah dilabuhkan di dasar laut di sepanjang pantai Negeri Selangor. Empat tukun dasar lembut dan satu tukun daripada vesel-vesel rampasan telah dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan. Kajian mendapati bahawa tukun-tukun ini telah terdapat kumpulan-kumpulan ikan dari berbagai saiz yang mendiaminya. Kawasan di mana tukun-tukun ini diletakkan menjadi tumpuan peminat memancing. Jabatan akan cuba memperbanyakkan pembinaan tukun ini pada masa depan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.