Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

299) PEMBANGUNAN EKONOMI PETANI DAN PENTERNAK

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membangunkan ekonomi petani dan penternak di Selangor?

    Kerajaan Negeri amat prihatin dan mengambil berat berkenaan dengan golongan petani dan penternak di Negeri Selangor. Keprihatinan Kerajaan Negeri ini selaras dengan dasar „peduli rakyat‟ yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan tersebut. Antara inisiatif Kerajaan Negeri di dalam membangunkan golongan petani dan penternak adalah seperti berikut :-

     

    1. Program Bantuan Nelayan, Petani dan Penternak
    2. Membuka kawasan pertanian baharu di atas tanah hak milik Kerajaan Negeri atau anak-anak syarikat Kerajaan Negeri melalui Program Ladang #SmartSelangor dan Kebun Rakyat
    3. Membuka tapak-tapak baharu untuk jualan secara terus produk-produk hasil tani atau melalui penjenamaan semula tapak sedia ada.
    4. Memberi galakan kepada golongan generasi muda sama ada yang telah memulakan projek pertanian atau yang ingin menceburi bidang pertanian melalui bantuan peralatan dan juga ilmu
    5. Membangunkan industri padi melalui Program MyGAP dan Peningkatan Hasil Padi.
    6. Pembangunan industri kelapa melalui projek tanaman semula dan
    7. Mempertingkatkan tanaman sayuran dan
    8. Membangunkan tanaman herba dan
    9. Melaksanakan projek tanaman
    10. Mewujudkan projek penternakan lebah
    11. Menyediakan latihan dan mempromosikan hasil pertanian dan juga industri asas tani (IAT).
    12. Pembangunan Komoditi Ternakan

     

    1. Pembangunan Komoditi Ternakan Unggas / Bukan
    2. Pembangunan Asas

     

    Bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada petani dan penternak di Selangor adalah berbentuk peralatan pertanian, peralatan menangkap ikan, ternakan dan bahan binaan untuk ternakan. Bantuan-bantuan tersebut adalah seperti berikut :-

     

    1. Bantuan peralatan dan input tanaman nelayan, petani dan
    2. Bantuan Program Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS).
    3. Bantuan peningkatan hasil padi.
    4. Program latihan dan seminar serta kursus yang berkaitan dengan bidang pertanian.
    5. Bantuan Ternakan Ruminan Dan Bukan
    6. Bantuan Ternakan
    7. Bantuan Industri Asas

Lampiran

Tiada Lampiran.