Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

208) PEMBANGUNAN HOSPITAL AWAM MILIKAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat cadangan untuk mewujudkan hospital awam pertama dalam negeri Selangor milikan penuh kerajaan negeri?

    Penyediaan hospital awam adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan berdasarkan Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] Senarai Perundangan Senarai I – Senarai Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

    Perubatan dan kesihatan termasuk kebersihan di ibu kota persekutuan, dan termasuk –

    a) Hospital, klinik dan dispensari; profesion perubatan; kebajikan ibu mengandung dan bersalin serta anak; pesakit kusta dan institusi pesakit kusta;

    b) Penyakit gila dan kecacatan mental, termasuk tempat menerima dan memberikan rawatan;

    c) Racun dan dadah berbahaya; dan

    d) Dadah dan minuman keras yang memabukkan; pembuatan dan penjualan dadah.

    Berdasarkan peruntukan tersebut, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mewujudkan hospital awam di bawah milikan Kerajaan Negeri.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.