Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

12) PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL SEDERHANA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk bantuan dan program Kerajaan di dalam pembangunan industri kecil sederhana?

    Dalam membantu pihak Industri Kecil Sederhana membangunkan perniagaan mereka, pihak Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah melaksanakan beberapa program yang menumpukan kepada program pemasaran seperti berikut;-

    • Program latihan bagi pemasaran produk secara atas talian melalui inisiatif SITEC. Melalui program ini pihak usahawan diberikan latihan kemahiran bagi mempromosikan dan memasarkan produk keluaran secara atas talian (on-line).
    • Penyertaan usahawan – usahawan IKS dalam pameran diluar Negara. Melalui program ini, pihak Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan membawa usahawan – usahawan yang berpotensi untuk menyertai pameran – pameran di luar negara untuk membolehkan usahawan tempatan menembusi pasaran luar

    Selain itu, setiap tahun Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan bajet untuk bantu usahawan bagi meningkatkan hasil pendapatan dan menjana ekonami negeri. Berikut merupakan bantuan yang disediakan untuk perniagaan mikro di Negeri Selangor yang ditakrifkan sebagai perniagaan yang mempunyai jualan kurang daripada RM300,000.00 setahun dan mempunyai pekerja tetap sebanyak 2 hingga 5 orang. Antara program-program yang disediakan seperti berikut;-

    1. DANA USAHAWAN MIKRO SELANGOR

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan memberikan bantuan kepada usahawan mikro melalui sembilan (9) Pejabat Daerah/Tanah di Negeri Selangor. Dana Usahawan Mikro Selangor merupakan program khas untuk membantu usahawan mikro di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. Setiap tahun sekurang-kurangnya 100 usahawan mendapat manfaat daripada bantuan ini.

    Setiap tahun Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM250,000.00 bagi setiap daerah untuk menyalurkan bantuan kepada pemohon yang layak. Seorang pemohon layak menerima bantuan sehingga RM30,000.00. Skop bantuan adalah seperti berikut:

    • Bantuan pembelian mesin / peralatan / perkakasan;
    • Meningkatkan kualiti premis/perniagaan iaitu mengubahsuai / menaiktaraf;
    • Pembiayaan sebahagian kos penyertaan usahwan ke ekspo jualan dan promosi di dalam dan luar negara;
    • Pembiayaan sebahagian kos untuk pembangunan produk dan pensijilan seperti ujian nutrisi, pendaftaran cap dagang, pencarian dan pendaftaran paten, perlindungan harta intelek, persijilan GMP,HALAL, HACCP, ISO dan lain-lain dalam mematuhi standard nasional, antarabangsa dan menembusi pasaran global; dan

     

    • Lain-lain keperluan yang mempunyai nilai tambah dan mampu melonjakkan pembangunan usahawan mikro di negeri Selangor.

      Kerajaan Negeri Selangor melalui agensinya HIJRAH Selangor menyediakan pinjaman kewangan berperingkat bermula tahun Sebelum ini program pinjaman kewangan ini dikenali sebagai Mikrokredit Bersepadu yang menggabungkan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2010. Ia merupakan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan. Pinjaman berperingkat ini dikategorikan mengikut skim 1 – 4 dan jumlah kelulusan diberikan sehingga RM50,000.00 mengikut syarat-syarat tertentu. Sehingga kini sebanyak 32,146 peminjam yang telah menerima manfaat daripada program ini. Pinjaman ini difokuskan kepada tiga (3) sektor utama iaitu pembekalan, pemakanan dan perkhidmatan. Namun terdapat sektor lain yang membuat pinjaman ini iaitu pertanian, penternakan dan pemprosesan. Dalam merangka kaedah pengurusan dan pelaksanaan skim HIJRAH Selangor, objektif-objektif berikut dikenalpasti sebagai matlamat program.

    • Menawarkan modal   tambahan   yang   mudah,   cepat    dan   tidak
    • Menggalakkan budaya menabung di kalangan penjaja dan peniaga kecil.
    • Mewujudkan rangkaian usahawan yang
    • Membina usahawan yang berwawasan da berdaya saing serta berkemahiran dan juga
    • Mewujudkan peluang peluang perniagaan yang
    • Melahirkan Usahawan baharu dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah.

    Sumber : Unit Pembangunan Usahawan, UPEN

     

Lampiran

Tiada Lampiran.