Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

205) PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan skim / insentif yang menggalakkan industri pertanian moden

    Antara usaha kerajaan negeri dalam permodenan pertanian di Negeri Selangor adalah:

     

    • Program Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor dan Program Natural Farming kawasan padi.Untuk program ini Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 16.7 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor (2009- 2013). Program ini diteruskan sehingga kini dengan keutamaan kepada pengamalan teknologi ‘Rice Check’ dimana tumpuan diberi kepada :
      • Penggunaan benih CL bagi kawalan padi angin
      • Perataan tanah untuk penapakan dan pengurusan air sawah
      • Pembajaan
      • Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
      • Pertanian Lestari (Natural Farming)

     

    • Memastikan pengeluaran tanaman makanan secara berterusan dengan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Terdapat 12 kawasan TKPM di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buah-buahan, tanaman industri dan ternakan. Untuk Program ini Kerajaan Negeri Memperuntukkan RM7,560,000 dibawah RMK10 (Tahun 2011-2015)

     

    • Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman melalui Program Pembangunan Tanaman Makanan (Sayur-sayuran, Buah-buahan dan Kelapa) , dan Program Pembangunan Tanaman Industri (Nanas dan Umbisi) dimana Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 13 juta untuk program- program tersebut dibawah RMK10 (Tahun 2011-2015). Program

     

    pembangunan buah-buahan dan sayur-sayuran menumpukan kepada penggunaan teknologi fertigasi yang sesuai dalam keadaan penggunaan tanah yang terhad dan dapat dikawal sepenuhnya operasi pengeluarannya melalui mekanisasi dan automasi.

     

    • Menggalakkan dan membimbing petani kearah Pertanian Lestari dengan objektif:
      • Mengurangkan penggunaan bahan agro kimia yang boleh mendatangkan mudarat kepada petani
      • Mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna Meningkatkan hasil dan pendapatan petani melalui pengurangan penggunaan bahan agro kimia
      • Melestarikan pertanian dan memulihara sumber alam

     

    • Meningkatkan kualiti tanaman dengan menggalakkan petani menyertai Pensijilan MyGAP , melalui skim ini petani akan dibimbing dan diberi pengiktirafan kerana mengamalkan pertanian berkonsep mesra alam , mengeluarkan produk berkualiti dan selamat

     

    • MyGAP merupakan skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, Pensijilan MyGAP ini memudahkan laluan pasaran eksport memandangkan pensijilan ini telah dikenali di seluruh dunia
    • SOM pula ialah sebuah program pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian untuk mengiktiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard Skim Organik Malaysia (SOM).Hasil yang dikeluarkan dari ladang telah diberi pensijilan SOM pula boleh dilabelkan sebagai produk organik dan berhak menggunakan Organik Malaysia di atas produk mereka. Dengan label ini, produk tersebut boleh dipasarkan sebagai produk organik dengan harga yang

     

    • Program pembangunan usahawan Industri Asas Tani turut dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada hasil-hasil pertanian melalui seterusnya menjana pendapatan tambahan hasil dari aktiviti pemprosesan tanaman. Usahawan dibimbing menggunakan teknologi pengilangan dan pembungkusan yang terkini dan kearah Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta Pensijilan

     

     

    • Membangunkan kumpulan sasar melalui Program Pembangunan Sumber Manusia dimana aktiviti-aktiviti latihan , seminar, kursus, lawatan dan lain-lain dilaksanakan oleh jabatan khas untuk golongan sasar. Jabatan Pertanian Negeri Selangor turut meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kepada golongan sasar melalui Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP)

     

    Maklumat Tambahan

     

    Jumlah Keseluruhan Peruntukan Pembangunan Jabatan Pertanian Negeri Selangor

    Tahun Pembangunan (RM) Mengurus (RM)
    2014 10,000,000 19,963,754

     

    Rasional peruntukkan tersebut diagihkan adalah untuk menyokong program-program Jabatan untuk membangunkan petani di Selangor seperti berikut.:

    1. Pembangunan Taman Agroteknologi
    2. Pembangunan Tanaman Makanan (Buah, Sayur, Padi dan Kelapa)
    3. Pembangunan Tanaman Industri (Umbisi dan Nanas)
    4. Pembangunan Industri Bunga dan Tanaman Hiasan
    5. Pembangunan Industri Asas Tani
    6. Pengurusan Perosak Bersepadu
    7. Pembangunan Agropelancongan
    8. Pembangunan Pertanian Bersepadu (Intergrasi Tanaman, Cendawan, Herba dan Lebah)
    9. Perkhidmatan Pengembangan dan Perundingan (Khidmat Nasihat, Kursus, Seminar)
    10. Program Pengurusan Tanah Bermasalah
    11. Pembangunan/Pengurusan Tanah Terbiar
    12. Pembangunan Kemudahan Kejenteraan dan Logistik Pertanian
    13. Penyelidikan dan Perolehan Teknologi Baru Tanaman

     

Lampiran

Tiada Lampiran.