Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

280) PEMBANGUNAN INFRA SUKAN DUN TERATAI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan tindakan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor untuk pembangunan Infra Sukan di Selangor, khususnya di DUN Teratai?

    Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap keperluan kemudahan sukan di Negeri Selangor dalam usaha untuk meningkatkan mutu sukan terutamanya di kalangan generasi muda dan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti riadah. Sehubungan itu, di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM6,680,000.00 untuk projek membaik pulih kemudahan sukan di Negeri Selangor termasuk peruntukan untuk membaik pulih kemudahan sukan di peringkat DUN yang telah dinaikkan daripada RM20,000.00 kepada RM40,000.00 kepada setiap DUN untuk tujuan ini yang mana projek ini akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pemilihan bagi kelulusan projek ini adalah mengikut tahap projek kemudahan tersebut. Berikutan, pihak DUN boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada pihak PBT untuk kelulusan di peringkat Kerajaan Negeri.

     

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri dalam tindakan untuk mendapatkan data dan status semasa kemudahan sukan di Selangor dalam usaha untuk memastikan kemudahan-kemudahan sukan tersebut dapat dinaiktaraf dan seterusnya digunakan untuk tujuan aktiviti sukan kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, projek-projek pembangunan infrastruktur sukan akan diutamakan kepada kemudahan-kemudahan sukan yang kritikal dan perlu dinaiktaraf segera.

     

    Kerajaan Negeri telah meluluskan Projek Membaik pulih dan Menaik taraf Infrastruktur Sukan di DUN Teratai daripada tahun 2014 sehingga 2016 adalah sebagaimana berikut :

     

    Bil Tahun Projek Peruntukan

    (RM)

     

    1.

     

    2014

     

    Kerja-kerja       pembinaan                          Gelanggang Badminton dan Sepak Takraw

    di Jalan Bunga Melati 9, Taman Seraya

     

    16,000.00

     

    2.

     

    2015

     

    Kerja-kerja Menaik taraf Padang Permainan Jalan Pandan Perdana 7/3, Taman Pandan Perdana

     

    20,000.00

     

    3.

     

     

     

    2016

     

    Gelanggang Badminton/ Takraw di Jalan Perdana 1/5, Taman Pandan Perdana.

     

    20,000.00

     

    4.

     

    Gelanggang Badminton/Takraw di Jalan Teratai 1/9,Taman Bukit Teratai

     

    20,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.