Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

88) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengikut kenyataan Menteri Kerja Raya, kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RM 315 juta kepada kerajaan Selangor untuk tujuan pembangunan infrastruktur di negeri Selangor. Berapa jumlah peruntukan yang diagihkan oleh kerajaan negeri bagi penyelenggara jalan-jalan di negeri Selangor?

    Perincian pengagihan peruntukan berjumlah RM315,627,131.00 oleh kerajaan Negeri Selangor bagi penyelenggaraan jalan-jalan di Negeri Selangor pada tahun 2009 ialah, sebanyak RM183,110,799.29 diagihkan kepada JKR Negeri Selangor bagi menaik taraf dan menyelenggara jalan, sebanyak RM900,000.00 di agihkan kepada JPS Negeri Selangor bagi menurap jalan-jalan ladang dan sebanyak RM76,000,000.00 di agihkan kepada PBT bagi menyelenggara jalan dan parit monson di bawah kawalan PBT. Pengagihan peruntukan kepada JKR dan JPS adalah dibuat melalui  belanjawan  tahunan Jabatan sementara peruntukan kepada PBT disalurkan terus daripada Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan-jalan

Lampiran

Tiada Lampiran.