Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

197) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR KAMPUNG MELAYU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah tindakan Kerajaan Negeri mahu membangunkan infrastruktur kampung tradisi Melayu dalam kerangka sedia ada?

    Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi akan membangunkan infrastruktur kampung tradisi dengan menaiktaraf gerai dan mewujudkan dataran niaga untuk dijadikan medan bagi penduduk kampung memasarkan produk-produk perniagaan. Selain itu, peruntukan sebanyak RM12juta bagi penyelenggaraan jalan kampung juga digunakan secara menyeluruh untuk menaiktaraf jalan-jalan kampung yang telah rosak. Manakala peruntukan sebanyak RM4juta telah digunakan untuk menaiktaraf kemudahan asas desa seperti balairaya dan dewan orang ramai. Pecahan projek-projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2015 adalah seperti di lampiran A

Lampiran

Tiada Lampiran.