PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

50) PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan dalam meningkatkan pencapaian akademik di UNISEL dan KUIS?

    Kerajaan Negeri telah merancang beberapa perancangan khusus untuk meningkatkan pencapaian akademik UNISEL dan KUIS antaranya adalah seperti berikut :

    Menyediakan dana untuk sebarang aktiviti penyelidikan dan pembangunan, khususnya penyelidikan yang dapat membantu meningkatkan pembangunan Negeri Selangor, dari aspek politik, sosial dan ekonomi Negeri Selangor

    Berkerjasama dengan pihak IPT khususnya dari segi dana untuk meningkatkan kerjasama dengan IPT lain samada di dalam mahupun di luar negara, khususnya di dalam bidang akademik seperti aktiviti penyelidikan, program pertukaran pensyarah, pertukaran pelajar dan penambahbaikan sistem pengajaran dan pembelajaran di IPT. Antara dana yang telah dikeluarkan kepada IPT Selangor bagi tujuan kajian adalah seperti beikut :

    • Dana Endowmen sebanyak RM 1 Juta kepada UNISEL dan KUIS masingmasing sebanyak RM 500,00.00 bagi tujuan kajian terhadap bioteknologi dan pemantapan sistem pendidikan Islam di Selangor
    • Dana bagi aktiviti penyelidikan motor UNSEL –GEMS Racing sebanyak RM 180,000.00
    • Dana Penyelidikan kajian teknologi Hijau sebanyak RM 500,000.00 kepada UNISEL
    • Menyediakan program-program pembangunan mahasiswa khusus kepada mahasiswa di UNISEL dan KUIS seperti program bersama Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS),program permentoran IPT, Program Baktisiswa,Program Motivasi meningkatkan prestasi akademik pelajar dan Program persediaan menghadapi alam kerjaya .
    • Mempastikan tenaga pengajar di UNISEL adalah merupakan pakar di dalam bidang masing-masing dan menjadi rujukan di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
    • Berkerjasama dengan KUIS dan UNISEL di dalam penganjuran persidangan, seminar dan wacana di peringkat nasional dan antarabangsa khusus untuk meningkatkan penguasaan ilmu di kalangan pensyarah dan pelajar di KUIS dan UNISEL, seperti berikut :
    1. Lawatan kerja bersama Unisel ke United Kingdom dan pertemuan dengan Imperial College, London, University of Manchester dan University Of Cambridge
    2. Lawatan kerja ke Universiti Petra, Jordan dan Universiti Kaherah dan Al-Azhar di Mesir.
    3. Penganjuran Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam (INCIED) bersama KUIS
    4. Penganjuran Persidangan antarabangsa 7th International Conference On Muslim Education ( COME)
    5. Penubuhan International Academy of Muslim Education ( IAME)
    6. Persidangan antarabangsa yang melibat Islamic World Academy Of Scineces dan International Islamic Academy of Life Sciences and Biotechnology ( IIALSB)

    Kerajaan Negeri juga begitu prihatin dan terbuka di dalam menerima cadangan dan saranan dari pihak Kuis dan Unisel sama ada dari pensyarah mahupun mahasiswa yang berhasrat untuk melaksanakan sebarang aktiviti atau program yang bersifat akademik. Bantuan yang sering disalurkan adalah di dalam bentuk kewangan dan kemudahan fasiliti yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.