Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

100) PEMBANGUNAN ISLAM DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak peruntukan untuk pembangunan Islam di Selangor dan nyatakan butiran terperinci tentang bagaimana peruntukan ini telah digunakan untuk pembangunan Islam termasuk program-program pembangunan infrastruktur yang telah dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan negeri seperti JAIS dan MAIS.

    Jabatan Agama Islam Selangor, melalui Bahagian Undang-undang Keluarga  telah melaksanakan beberapa program yang telah dilancarkan sepanjang tahun. Antara tajuktajuk yang dimuatkan ialah:

    Bil Program Peruntukan
    1 Program Konvensyen Keluarga Sakinah

    a)    Zina : Tragedi Sedih Umat Kini

    b)    Ketenangan Sejati Dalam Berumahtangga

    c)    Keamanahan Dalam Berumahtangga

    d)    Maqasid Syariah ; Rahmat Sekalian Alam

    e)    Aqidah Sejahtera Keluarga Terpelihara

    RM 62,000.00
    2. Seminar Nafkah Peringkat Negeri Selangor RM 35, 200.00
    3. Program Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Program Pembangunan Sosial (PPS), JAKIM Negeri Selangor RM 40,000.00
    4. Muzakarah Feqh RM 9,800.00
    5. Bengkel Siasatan Nikah RM 3,000.00
    6. Kuliah Tafaquh RM 900.00
      JUMLAH BESAR RM 150,900.00

Lampiran

Tiada Lampiran.