Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

170) PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG PULAU CAREY

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan pembangunan jangka panjang Pulau Carey (Gugusan Industri Sokongan Pelabuhan dan Maritim) yang akan dilakukan pada tahun ini?

    Pulau Carey merupakan antara kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sesuai dengan lokasinya yang strategik. Antara perancangan pembangunan yang sedang diteliti di peringkat Kerajaan Pusat adalah Projek Pembangunan Pelabuhan (Terminal). Bagi tujuan ini, Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) telah diarahkan melalui keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri (Kabinet) untuk menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan Projek Pembangunan Pelabuhan (Terminal) di Pulau Carey, Selangor.

    Lanjutan daripada itu, LPK telah pun melantik firma juruperunding untuk menjalankan kajian tersebut yang telah bermula pada bulan Ogos 2019 dan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan. Setelah kajian selesai, hasil penemuan dan cadangan daripada kajian tersebut akan dibentangkan semula di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan arahan selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.