Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

312) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan kerajaan negeri bagi agenda Pembangunan Kampung Baru tahun 2015?

    Perancangan Kerajaan Negeri bagi agenda Pembangunan Kampung Baru 2015 adalah dengan menambah baik dan memperbanyakkan program- program serta projek-projek pembangunan di Kampung Baru yang merangkumi pembangunan fizikal dengan mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat selaras dengan prinsip pentadbiran Kerajaan Negeri Projek-projek kecil yang akan dilaksanakan adalah merupakan projek infrastruktur bagi menjamin keselesaan penduduk Kampung Baru / Bagan / Tersusun Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.