Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

252) PEMBANGUNAN KAMPUNG TAYYIB

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kaedah kerajaan negeri mempastikan infrastruktur terbaik dinikmati oleh orang kampung terutama sekali di pinggiran bandar?

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha keras untuk memastikan infrastruktur yang diperolehi oleh masyarakat pinggiran bandar adalah setanding dengan infrastruktur yang diperolehi oleh masyarakat di bandar. Bagi memastikan kelengkapan dan kesempurnaan infrastruktur ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan jumlah kewangan yang besar khas untuk menampung kos pembaikan dan pengwujudan infrastruktur baru di kawasan kampung. Pada tahun 2015, jumlah peruntukan yang diberikan untuk penyelenggaraan jalan kampung adalah sebanyak RM12 juta berbanding RM4 juta pada tahun 2014, manakala bagi menaiktaraf kemudahan asas desa peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM4 juta. Peningkatan peruntukan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri komited dalam menaiktaraf kemudahan awam dan infrastruktur di negeri Selangor khasnya di kawasan kampung.

Lampiran

Tiada Lampiran.