Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

69) PEMBANGUNAN KAWASAN BROWNFIELD LEMBAH BERINGIN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan cadangan-cadangan yang terkandung dalam kajian Pelan Tindakan Khas Pembangunan Kawasan Brownfield Lembah Beringin.

    Cadangan Umum yang terdapat di dalam Laporan Pelan Tindakan Khas Pembangunan Brownfield Lembah Beringin adalah seperti berikut :

    1. Cadangan Lembah Beringin sebagai Bandar Hijau Berdayahuni
    2. Cadangan Lembah Beringin sebagai Bandar Pelancongan dan Riadah Seisi Keluarga
    3. Cadangan Pusat Beli Belah Barangan Berjenama di Utara Selangor
    4. Cadangan Lembah Beringin Sebagai Hub Pendidikan dan Institusi Latihan

    Terdapat juga cadangan-cadangan lain yang menjurus kepada pembangunan semula kawasan-kawasan brownfield sedia ada, cadangan menambah kemudahan awam seperti Klinik Kesihatan, Masjid, Pusat Penjaja, Kebun Komuniti perluasan rangkaian jalan raya dan cadangan untuk membawa Bas Smart Selangor ke Lembah Beringin.

Lampiran

Tiada Lampiran.