Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

196) PEMBANGUNAN KAWASAN PEDALAMAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah projek pembangunan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi lokasi Pulau Indah yang berdekatan dengan kawasan PKFZ yang merupakan hab perdagangan antarabangsa?

    Rancangan Kawasan Khas Pulau Indah telah disediakan dengan menetapkan kawasan- kawasan yang sesuai dibangunkan sebagai industri, perdagangan  dan  perumahan  selain kemudahan awam. Oleh itu pemilik tanah boleh mengemukakan cadangan pemajuan samada secara bersepakat atau individu untuk pertimbangan MPK.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.