Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

168) TANAMAN DURIAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai Pelan Induk Kluster Tanaman Buah-Buahan Kekal (Durian) bagi Negeri Selangor seperti yang dicadangkan dalam RMK 12 (2020 - 2024)? Jika ya, nyatakan butir-butirnya

    Bagi pelan Induk Kluster Tanaman Buah-buahan Kekal (Durian), tanaman durian di fokuskan di daerah Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Selangor mempunyai keluasan tanaman durian 373 hektar dengan sasaran pengeluaran tahun 2019 sebanyak 1,200 metrik tan. Antara klon utama yang ditanam adalah D24, D168 (IOI) dan D197 (Musang King).

Lampiran

Tiada Lampiran.