Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

168) PEMBANGUNAN KAWASAN RIZAB

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat usaha di peringkat negeri untuk memperbanyakkan taman-taman kecil di kawasan-kawasan rizab yang tidak digunakan?

    1. Cadangan untuk menggunakan tanah rizab sebagai kawasan lapang hanya akan dipertimbangkan bagi rizab–rizab yang selaras dengan kegunaan asal rizab tersebut seperti zon penampan atau tapak kemudahan yang masih belum dibina seperti tapak tadika, surau atau balairaya.

     

    Secara dasarnya pihak PBT boleh memohon rizab tersebut (rizab yang tidak digunakan) untuk dijadikan taman di atas persetujuan agensi sebagai pemilik tanah rizab tersebut. Pelbagai usaha telah dibuat oleh PBT di kawasan-kawasan rizab bagi mengelakkan kawasan daripada bersemak dan menjadi kacau ganggu kepada penduduk. Sebagai contoh taman-taman kecil / rezab kawasan lapang yang tidak digunakan dijadikan kebun komuniti / kejiranan oleh persatuan – persatuan penduduk di kawasan berkaitan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.