Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

105) PEMBANGUNAN KEDIAMAN OLEH PKNS

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan untuk menangani isu harga jualan kediaman yang tinggi oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sekaligus mengurangkan jumlah kediaman tidak terjual pada masa hadapan?

    Antara usaha PKNS bagi menangani harga jualan kediaman yang tinggi adalah melalui tawaran diskaun sehingga 20% bagi projek kediaman. Tawaran ini dibuka sehingga 31 Disember 2019 bagi menggalakkan pemilikan hartanah PKNS dengan harga yang berpatutan. PKNS juga terlibat dengan skim Rent to Buy dengan menyediakan unit-unit yang boleh disewa dalam tempoh tertentu dan dijadikan sebahagian dari bayaran deposit pembelian rumah tersebut. Bagi menyebarluas pasaran hartanah, PKNS turut melantik Agen Hartanah yang fokus kepada segmen hartanah bernilai tinggi dengan sasaran bakal pembeli yang tertentu.

    PKNS di masa datang akan lebih fokus membina projek kediaman  kepada golongan B40 dan M40 dan hanya menetapkan peratusan yang paling minima untuk segmen kos harga tinggi untuk memenuhi permintaan pasaran di dalam segmen tersebut.

    PKNS berpandangan, sokongan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor amat perlu khususnya untuk mengurangkan bayaran premium tanah supaya kos keseluruhan pembangunan dapat dikurangkan dan impak kepada harga rumah akan menyebabkan lebih rendah. Polisi untuk membenarkan pemilikan hartanah bermula dengan harga RM1 juta juga perlu dipertimbangkan bagi membolehkan pasaran lebih terbuka kepada warga negara asing. Pembentangan bajet 2020 berkenaan penjualan rumah pangsapuri berharga RM 600 ribu kepada warga asing juga dicadang diperluaskan diperingkat Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.