Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

158) PEMBANGUNAN KELESTARIAN PAYA INDAH WETLAND

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengembalikan kegemilangan Paya Indah Wetland sebagai kawasan pelancongan dan pemeliharaan sumber alam sekitar?

    Jabatan PERHILITAN ada mencadangkan penswastaan untuk kemudahan dan aktiviti yang dijalankan di Paya Indah Wetland (PIW). Cadangan ini mengambilkira pembangunan, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti tidak menjejaskan status PIW sebagai Rizab Tanah Lembap (Wetlands) di bawah Kanun Tanah Negara. Ini juga termasuk pembangunan yang akan dijalankan dengan memberi impak fizikal secara minima ke atas persekitaran semulajadi di PIW. Pihak swasta juga sepatutnya memberi sumbangan kepada pihak kerajaan dari jumlah pendapatan kasar tahunan. Semua kos dan perbelanjaan pembangunan, peningkatan, pengurusan dan penyelenggaraan kompleks dan segala kos pengurusan lain adalah ditanggung oleh pihak swasta.

Lampiran

Tiada Lampiran.