Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

180) Pembangunan Kg Fajar

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pembangunan Kg Fajar telah dibangkitkan di Dewan yang mulia ini sejak 2008. Bukankah sudah tiba masanya sebuah task-force diwujudkan untuk menggerakkan - pembangunan Kg Fajar? Apakah halangan-halangannya?

    Cadangan Pembangunan Semula Kampung Fajar diselaras oleh UPEN Selangor melibatkan tanah seluas 10.17 ekar yang merangkumi :

    i. Tanah Kerajaan Negeri – 1.69 ekar
    ii. Tanah Kerajaan Negeri (Rezab sungai) – 3.45 ekar
    iii. Tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) (Loji Rawatan Kumbahan) – 5.03 ekar

    Walau bagaimanapun, pembangunan masih belum dapat dijalankan sehingga pihak PTP menyerahkan tanah kepada kerajaan negeri Selangor yang dijangkakan tidak digunakan lagi sebagai loji kumbahan pada tahun 2021. Cadangan pemindahan dan pembangunan secara in-situ ini melibatkan penyerahan tanah pihak PTP kepada kerajaan negeri Selangor. Untuk rekod, zon gunatanah RT MPAJ juga telah ditukarkan kepada zon perniagaan bagi penyelarasan pembangunan semula di tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.