Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

207) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan dalam pembangunan ekonomi kampung-kampung tradisi dan kampung baru?

    Kerajaan Negeri sangat komited untuk meningkatkan ekonomi penduduk kampung di Negeri Selangor. Bermula tahun 2008, pelbagai program dijalankan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di bandar dan di desa khususnya. Melalui pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor: Kursus Kemahiran Jangka Pendek yang diadakan pada tahun 2015, penglibatan daripada peserta adalah seramai 600 orang. Program ini pada dasarnya bertujuan untuk memberi pengetahuan dan tambah nilai dari segi kemahiran kepada belia atau masyarakat di desa yang tidak berpeluang untuk meneruskan pengajian secara formal serta memberi peluang kepada masyarakat di desa yang berminat untuk menceburkan diri di dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Program ini telah dilaksanakan secara berasingan di INPENS International College dan Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) pada bulan Ogos dan September tahun 2015. Jumlah peruntukan adalah sebanyak RM210,124.00.

    Manakala bagi Program Pembangunan Usahawan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor: Industri Komuniti Kampung telah dilaksanakan pada bulan November tahun 2015. Program ini merupakan lanjutan Kursus Kemahiran Jangka Pendek yang bertujuan memberi pengetahuan dan tambah nilai dari segi kemahiran kepada belia atau masyarakat di desa yang tidak berpeluang untuk meneruskan pengajian secara formal serta memberi peluang kepada masyarakat di desa yang berminat untuk menceburkan diri di dalam dunia perniagaan dan

    keusahawanan. Program ini telah dihadiri oleh 95 orang peserta dengan jumlah peruntukan sebanyak RM793,300.00. Pada masa ini hampir kesemua peserta bagi program Industri Komuniti Kampung telah memulakan perniagaan masing- masing dan memperoleh peningkatan pendapatan lebih 30%. Berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada peserta program, program ini akan diteruskan pada tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM992,500.00.

    Pada tahun 2015 juga, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000.00 untuk melaksanakan Program 1 Daerah 1 Inkubator yang telah melibatkan sebanyak 4 buah inkubator di 4 daerah yang berasingan. Program ini dicadangkan untuk memberdayakan ekonomi warga desa dan kampung tradisi. Program ini juga akan meningkatkan taraf sosial rakyat Negeri Selangor ke arah kesejahteraan negeri. Inkubator yang disediakan adalah melibatkan kursus- kursus seperti berikut:

    Daerah Jenis Inkubator
    Klang Penyaman Udara & Pendawaian

    Elektrik

    Kuala Langat Pusat       Kecantikan,       Dandanan

    Rambut & Jahitan

    Sabak Bernam Bengkel Motosikal
    Hulu Selangor

    Setakat ini dua (2) inkubator iaitu di Klang dan Hulu Selangor telah memulakan operasi manakala dua (2) buah inkubator lagi berada pada peringkat penyediaan tempat dan urusan-urusan pentadbiran.

    Melalui Karnival 3K pula, Kerajaan Negeri telah memberikan peluang dan ruang bagi peniaga-peniga serta usahawan kampung untuk memperkenal dan memasarkan produk-produk mereka sepanjang karnival berlangsung.

Lampiran

Tiada Lampiran.