Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

94) PEMBANGUNAN MENAIK TARAF KEDAI PLB DI BAGAN TERAP

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kos keseluruhan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi menaik taraf untuk dijadikan sebagai pilot Kedai Smart Selangorku?

    Kerja Pembangunan Menaik Taraf Kedai PLB Pekan Bagan Terap

    1. Kerja Pembaikan Jangka Pendek

    1.1  Melaksanakan kerja-kerja pembaikan di Blok A melibatkan kerja penggantian bumbung dan pendawaian elektrik serta kerja-kerja yang berkaitan pada Dis 2014 dengan jumlah RM133,540.00

    1.2  Melaksanakan kerja-kerja pembaikan di Blok B melibatkan kerja penggantian bumbung dan pendawaian elektrik serta kerja-kerja yang berkaitan dan siap pada Dis 2014 dengan jumlah RM108,190.40

    Kerja Jangka Panjang

    Jabatan Perancang dan Pembangunan merancang untuk membina Kedai Smart Selangor dan kemudahan-kemudahan lain di kawasan tanah MD Sabak Bernam melibatkan anggaran kos RM10 juta dan dilaksanakan mengikut fasa. Fasa Pertama dianggarkan RM2 Juta dan bakinya RM8 Juta untuk pembangunan Fasa Kedua.

Lampiran

Tiada Lampiran.