Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

116) PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Kerajaan Negeri mampu melahirkan belia-belia berkualiti dan mempunyai masa depan yang lebih baik?

    Bagi memastikan Kerajaan Negeri mampu melahirkan belia – belia berkualiti dan mempunyai masa depan yang lebih baik, program dan aktiviti – aktiviti seperti di bawah dirancang dan dilaksanakan:

     

    Program SPIES remaja/ belia/ mahasiswa merupakan satu mekanisme yang merangkumi elemen SPIES bagi memupuk sikap-sikap positif di kalangan belia yang terlibat dalam kursus yang

     

    Briged Amal merupakan satu modul khas diwujudkan kepada para belia yang telah menyertai program SPIES sebagai aktiviti folow up untuk memastikan mereka terlibat dengan aktiviti berfaedah atau berkualiti melalui program khidmat

     

    Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) merupakan satu lagi usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha melahirkan belia berkualiti. Melalui pendekatan 5 P iaitu Pencegahan, Pendidikan. Pencelahan, Penguatkuasaan dan Pemulihan. Program ini adalah bertujuan untuk mencegah dan menangani masalah sosial yang melanda golongan belia di Negeri Selangor dengan penganjuran program-program yang berunsurkan positif seperti sembang santai bersama selebriti,

     

    Seminar Pengurusan Cinta, Perkhemahan, Sambutan Tahun baru dan bengkel Smart remaja.

     

    Program pembangunan belia dirancang berdasarkan kepada 6 teras iaitu kepimpinan, keusahawanan, pendidikan, sukan, kemasyarakatan dan seni budaya bagi mencapai hasrat kerajaan dalam membentuk belia sebagai tonggak

     

    Menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik dan kemahiran melalui UNISEL dan Kolej INPENS

     

Lampiran

Tiada Lampiran.