Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

125) PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan berdasarkan jenis kategori sasaran peserta dan jumlah program SPIES sepanjang tahun 2008 dan pertengahan 2009?

    Program holistik Pembangunan Modal Insan Selangor SPIES merupakan satu agenda penting Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berkualiti, berdaya maju, berdaya saing dan cemerlang. Selain itu, program ini dapat  mencegah dan mengatasi gejala sosial yang telah merebak dan menular di kalangan masyarakat di Selangor. Gagasan pembangunan fizikal yang lestari telah dirancang dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri perlu disepadukan dengan pembangunan modal insan yang holistik, sebagai penjana kemajuan dan kejayaan dunia akhirat. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan yang berpatutan bagi melaksanakan program tersebut.

     

    Pada tahun 2008, sebanyak 75 program telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM 1,583,600. Maklumat terperinci berkenaan pelaksanaan program tersebut adalah seperti berikut :

     

     

    BIL

     

     

    KATEGORI PESERTA

     

     

    BILANGAN

    PROGRAM

     

    KOS (RM)

     

    JUMLAH

    PESERTA

     

    1 Kanak – kanak 4 411 82,200
    2 Belia 23 2303 460,600
    3 Ibu bapa 6 714 142,800
    4 Warga Industri 2 160 32,000
    5 Ketua Kampung 3 330 66,000
    6 Setiausaha JKKK 2 365 73,000
    7 Pendidik 7 850 170,000
    8 Remaja 7 700 140,000
    9 Mahasiswa 12 1200 240,000
    10 DUN 1 150 30,000

     

     

     

    BIL

     

     

    KATEGORI

    PESERTA

     

     

    BILANGAN

    PROGRAM

     

     

    JUMLAH

    PESERTA

     

    KOS (RM)
    11 Pegawai JAIS 2 135 27,000
    12  

    Siswa 1K

     

    4 400 80,000
    13 Pimpinan Pelajar 2  

    200

     

    40,000
      JUMLAH 75  

    7918

     

     

    1,583,600

     

     

    Bagi tahun 2009 sehingga bulan Mei sejumlah RM 900,120 telah dibelanjakan bagi program ini iaitu:

     

    KATERGORI BILANGAN PROGRAM JUMLAH PESERTA KOS(RM)
    Masyarakat 1 60 13,800
    Belia 11 955 219,650
    Alumni SPIES Belia 10 840 193,200
    Remaja 4 395 90,850
    Alumni SPIES remaja 3 295 69,000
    SPIES Kepimpinan /Penjawat

    Awam

    3 94 21,620
    Ibu bapa 10 2000 200,000
    Ibu Tunggal 2 200 46,000
    Pendidik 1 100 23,000
    Pelajar IPT 1 100 23,000
    JUMLAH 46 5039 900,120