Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

62) PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM KECELARUAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dunia tanpa sempadan menjadikan segala maklumat dapat diperoleh di hujung jari. Justeru, pembinaan sahsiah rakyat dan generasi muda negeri dan negara ini tidak semudah menuturkan kata-kata manis. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi dan memerlukan kerjasama semua pihak, bermula dari dalam rumah hinggalah ke peringkat Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri menjadi tuan rumah perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini. Seperti kita sedia maklum, dalam perhimpunan berkenan berlakunya budaya liar yang tidak terkawal selain tohmahantohmahan yang membakar kebencian sesama rakyat. Di manakah manfaat dan relevannya Kerajaan Negeri dalam soal pembentukan sahsiah rakyat dan pembangunan modal insan dengan kesediaan menjadi tuan rumah perhimpunan berkenaan?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 25 September
    2008 telah menolak soalan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.