Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

235) PEMBANGUNAN PEKAN SUNGAI AIR TAWAR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan Pekan Sungai Air Tawar untuk menjadi pekan moden?

    Jabatan telah menyediakan cadangan pembangunan Pekan-pekan kecil termasuk Pekan Sungai Air Tawar di Daerah Sabak Bernam. Pelan Cadangan pembangunan yang disediakan telah mengambilkira rekabentuk susun atur bangunan yang lebih sistematik dengan penyediaan TLK yang mencukupi dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan. Permohonan pewartaan tanak kerajaan bagi tujuan di atas telah dikemukakan kepada Pejabat Daerah & Tanah Sabak Bernam pada 25 September 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.