Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

157) PEMBANGUNAN PEKAN SUNGAI AIR TAWAR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memajukan kawasan Pekan Sungai Air Tawar sebagai pusat ekonomi di bawah skim Smart Selangor seperti Pekan Bagan Terap?

    MDSB telah memasukkan pembangunan Sungai Air Tawar ke dalam cadangan Pembangunan Pekan-Pekan Kecil bagi Daerah Sabak Bernam. Untuk melaksanakan pembangunan melalui Skim SMART Selangor, pengambilan tanah perlu dibuat kerana hampir keseluruhan Pekan Sg. Air Tawar merupakan tanah hakmilik.

Lampiran

Tiada Lampiran.