Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

23) PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI KAWASAN LUAR BANDAR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan untuk membangunkan kawasan-kawasan pelancongan di luar bandar?

    Kerajaan Negeri telah mengadakan dan melaksanakan pelbagai usaha untuk membangunkan kawasan-kawasan pelancongan di luar bandar. Antara usaha yang sedang dilaksanakan adalah usahasama dengan agensi-agensi kerajaan dan penggiat pelancongan didalam negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan, PejabatPejabat Daerah, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Tourism Malaysia dan Tourism Selangor sendiri sebagai badan pelancongan rasmi negeri melalui mesyuarat PRO Pelancongan yang diadakan sebulan sekali. Mesyuarat PRO Pelancongan ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu pelancongan negeri termasuklah mendengar dan membincangkan cadangan produk-produk baru pelancongan terutama bagi sektor pelancongan di luar bandar.

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri dengan kerjasama TSSB turut melaksanakan program ‘product update’ bagi melihat potensi-potensi produk baru di seluruh negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.