Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

128) PEMBANGUNAN PELANCONGAN HOMESTAY

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan homestay yang telah di bangunkan di negeri Selangor mengikut daerah-daerah?

    Program homestay semakin mendapat tempat dikalangan pelancong terutama daripada negara-negara Eropah mahpun dari negara Asia seperti Singapura. Program homestay mempunyai daya tarikan tersendiri terutama dari aspek kebudayaan, warisan serta kedudukan sesebuah homestay.

    Pertumbuhan dan perkembangan industri homestay ini dikawal oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Kementerian Pelancongan Malaysia mengeluarkan lesen serta garis panduan serta kriteria yang perlu dipatuhi oleh para pengusaha homestay.

    Sehubungan dengan itu di Selangor terdapat 15 buah homestay yang berlesen dan sentiasa menjadi keutamaan kepada Tourism Selangor dalam aktiviti promosi dalam dan luar negara serta menjadikan ianya antara pakej utama bagi kunjungan Negeri Selangor. Berikut adalah homestay tersebut :

    • Homestay Kampung Sungai Lang Tengah – Daerah Kuala Langat
    • Homestay Kampung Endah – Daerah Kuala Langat
    • Homestay Kampung Batu Laut – Daerah Kuala Langat
    • Homestay Kanchong Darat – Daerah Kuala Langat
    • Homestay Kampung Kundang – Daerah Kuala Langat
    • Homestay Banghuris – Daerah Sepang
    • Homestay Bougainvillea, Sungai Kertas – Daerah Gombak
    • Homestay Sungai Tengi – Daerah Hulu Selangor
    • Homestay Sungai Sireh – Daerah Kuala Selangor
    • Homestay Batu 23 Sungai Nibong – Daerah Sabak Bernam
    • Homestay Sungai Haji Dorani – Daerah Sabak Bernam
    • Homestay Sepintas – Daerah Sabak Bernam
    • Homestay Air Manis – Daerah Sabak Bernam
    • Homestay Papitusulem – Daerah Sabak Bernam 15) Homestay Kayangan – Daerah Sabak Bernam

Lampiran

Tiada Lampiran.