Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

118) PEMBANGUNAN PELANCONGAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mempromosikan industri pelancongan negeri?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah bersedia melalui usaha perancangan strategik promosi pelancongan bagi meningkatkan industri pelancongan Negeri seperti yang berikut:

    1. Meningkatkan Penyertaan Siri Promosi Pelancongan Dalam dan Luar Negara;
    2. Penganjuran Program FAM Trip Yang Lebih ‘Market-Focused’;
    3. Penganjuran Acara Pelancongan Bertaraf Antarabangsa di Negeri Selangor;
    4. Memperkasakan Kempen Promosi Pelancongan dan Pengiklanan Pelancongan Negeri melalui kempen pengiklanan billboard, digital dan online;
    5. Memberi Penekanan Kepada Segmen Pelancongan Fokus seperti ‘Medical Tourism’, ‘Education Tourism’, ‘Eco Tourism’, ‘ Cruise Tourism’ dan ‘Sport Tourism’;
    6. Menganjurkan program CSR (Corporate Social Responsibility) yang berkonsepkan ‘Voluntourism’;
    7. Penganjuran program promosi bagi pasaran domestik seperti MATTA Fair, MITA Fair, Program Squad Kembara Sekolah dan Jelajah Persona Selangor; dan
    8. Penjenamaan Laman Sesawang pelancongan yang terbaru Negeri Selangor, iaitu www.selangor.travel

Lampiran

Tiada Lampiran.