PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
48) PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selangor berhasrat untuk menjadi antara hab pendidikan terpenting Negara. Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang UNISEL dan KUIS untuk memastikan hasrat ini tercapai?
UNISEL
Jangka Masa Panjang dan Jangka Masa pendek.
- Meluaskan lagi pengambilan pelajar Pasca Ijazah ‘post graduate’ supaya pelajar ini menjadi tenaga pendidik yang akan memperkukuhkan lagi usaha penyelidikan.
- Menambahkan lagi bilangan pelajar melalui jaringan prihatin dengan kolej-kolej yang mengeluarkan Diploma supaya graduan tersebut dapat meneruskan pengajian di peringkat Ijazah di UNISEL. Antaranya ialah:
- Kolej Eastern, Kota Kinabalu Sabah
- Kolej Teknologi Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.
- Kolej Taj Ipoh, Perak
- Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Georgetown, Pulau Pinang.
- Mengetengahkan UNISEL dalam Komuniti Saintifik Dunia dengan menganjurkan seminar-seminar bertaraf antarabangsa antaranya ialah Persidangan Akademik Sains Islam Sedunia (Islamic World Academy of
Sciences – IAS 2009) pada 14 hingga 17 Disember bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam serta IAB-IAS International Symposium 2010 ’Knowledge Society For The Innovation Economy’ yang bakal berlangsung pada 8 hingga 9 Disember 2010 bertempat di SACC Convec Centre, Shah Alam.
Memperkukuhkan Hubungan UNISEL dengan pelbagai industri :
Alga Prima Industries Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri Selangor (Projek Spirulina)
- Khidmat Kepakaran
- Menyalurkan geran sebanyak RM 1Juta
- Melaksanakan projek
Khind Minstral Industries Sdn Bhd
- Cadangan kerjasama penyelidikan dan pembangunan antara fakulti kejuruteraan dan Khind Minstral
Tiong Nam Engineering Sdn Bhd
- Kerjasama Industries berkaitan pengkomersialan gas asli kepada enjin diesel untuk kenderaan berat.
Dr. Nik & Associates
Menjalankan projek pengambilan data & analisis (total suspended solid). Sebanyak lima (5) projek.
International Center For Education in Islamic Finance (INCEIF)
- Menjalinkan hubungan kerjasama bersama INCEIF melalui “MOU” dalam menawarkan perkhususan baru MBA di dalam bidang Kewangan Islam
(Islamic Finance).
Institut Latihan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Selangor (ILPBT)
- Menyediakan latihan-latihan bagi mempertingkatkan kompetensi dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan 350 orang Pegawai Gred A di kesemua 12 PBT Selangor
KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd
- KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd merupakan sebuah pusat penyedia latihan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran di dalam bidang Pengurusan Projek (Project Management) dan Keselamatan & Kesihatan (Safety& Health).
- UNISEL menjalinkan hubungan kerjasama bersama KLIA melalui “MOU” dalam menawarkan pengkhususan baru MBA di dalam bidang Pengurusan Projek.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS) A. Perancangan Jangka pendek :
- Melakukan semakan semula ke atas silibus/kurikulum program pengajian yang ditawarkan selepas 15 tahun penubuhan agar kandungan silibus selaras dengan perkembangan industri dan mampu melahirkan graduan yang lebih berketerampilan, berinovatif, mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi (berfikiran analitikal dan kritikal, berupaya menyelesaikan masalah dan penaakulan), menguasai pelbagai bahasa dan keupayaan berkomunikasi dengan berkesan serta celik teknologi, menghayati nilai-nilai murni sebagai asas kehidupan, dan mampu untuk memberikan sumbang bakti kepada masyarakat, negara dan dunia.
- Mewujud dan memperkasa modul pembangunan mahasiswa yang lebih mantap dan komprehensif dalam usaha membina modal insan minda kelas pertama yang mampu menyumbang ke arah kesejahteraan dan kemakmuran Negara.
- Meningkatkan sebanyak 30% bilangan pensyarah Phd menjelang
- Menambahkan bilangan program Phd dan Master dalam bidangbidang tertentu yang memenuhi pasaran industri pada masa hadapan.
- Pembudayaan ‘good human gorvenance’ dalam melahirkan profesional mukmin dalam mencapai al-Falah.
- Perancangan Jangka Panjang :
- Ke arah universiti berdikari (self-funded) menjelang 2015.
- Mencapai taraf universiti Apex menjelang 2020.
- Memperkasa proses ta’dib yang berterusan kepada seluruh warga.
