Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

189) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN HERBA DARI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan dan mempromosi industri herba Negeri Selangor di luar negara.

    Pada masa ini Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikatnya iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) lebih menumpukan kepada aktiviti industri hiliran dalam industri herba (proses produk). Ini adalah disebabkan keluasan kawasan penanaman pokok-pokok herba adalah terhad dan bersaiz kecil.  PKPS melalui anakanak syarikatnya iaitu Polens (M) Sdn. Bhd. Dan Premium Bio Herbs Sdn. Bhd. lebih menumpukan kepada pengeluaran produk siap dengan memastikan tahap kualiti yang tinggi dengan penggunaan mesin-mesin pemprosesan yang berteknologi tinggi. Dalam masa yang sama juga produk herba yang berasaskan tongkat ali telah memulakan operasi peringkat awal di Pulau Indah yang menggunakan teknologi nano.

    Dari segi mempromosikan produk herba pula, PKPS telah pun menyertai beberapa ekspo-ekspo antarabangsa seperti MIHAS 2008 dan juga pernah menyertai pameran Indonesia Halal Exhibition & Global Halal Summit 2008 di Kartika Expo Center Balai Kartini, Jakarta, Indonesia. Di samping itu juga, promosi melalui televisyen juga pernah dilakukan sebelum menumpukan promosi melalui akhbar pada ketika ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.