Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

35) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN HERBA DARI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan dan mempromosikan industri herba Negeri Selangor di luar negara?

    PKPS tiada menjalankan promosi diluar negara.
    Sebelum Kerajaan Negeri mengadakan promosi industri herba ke luar negara, beberapa
    keperluan bagi menyokong industri ini perlu disediakan dahulu. Sebagai contoh,
    Kerajaan Negeri perlu menyediakan perkhidmatan ujian klinikal. Fungsi ujian klinikal ini
    adalah untuk mengenalpasti bahan aktif dalam produk herba agar produk tersebut dapat
    memenuhi piawaian pihak berkuasa luar negara. Contoh agensi yang menyediakan
    perkhidmatan berkenaan adalah Institute For Medical Research (IMR) di bawah
    Kementerian Kesihatan Malaysia yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Lampiran

Tiada Lampiran.