Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

54) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN HERBA DARI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan dan mempromosikan industri herba negeri Selangor di luar Negara

    PKPS tiada menjalankan promosi diluar negara. (Sila rujuk Lampiran bagi maklumat tambahan).

    LAMPIRAN

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

     

    1. Pada 3 – 6 Julai 2008, PKPS telah menyertai pameran Indonesia Halal Exhibition & Global Halal Summit 2008 di Kartika Expo Center Balai Kartini, Jakarta, Indonesia. Produk-produk yang dipamerkan adalah misai kucing, mas cotek, ikan keli salai, buah belimbing dan jus buah-buahan.  Produkproduk yang mendapat perhatian adalah ikan keli salai dan misai kucing.

     

    Sebelum Kerajaan Negeri mengadakan promosi industri herba ke luar negara, beberapa keperluan bagi menyokong industri ini perlu disediakan dahulu di mana Kerajaan Negeri perlu menyediakan makmal bagi perkhidmatan ujian klinikal.  Fungsi ujian klinikal ini adalah untuk mengenalpasti bahan aktif agar sesuatu produk yang ingin dipasarkan itu dapat memenuhi piawaian luar negara seperti Institute For Medical Research (IMR) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

     

    1. PKPS melalui Premium Bioherbs Sdn. Bhd. iaitu syarikat usahasama Premium Agro Products (60%/anak syarikat PKPS Agro Ind. Sdn. Bhd.) dan Agrotech Capital Pte. Ltd. (40%/ Gabungan Korea & Singapura) akan mula memasarkan produk-produknya ke Korea Selatan pada Suku Ke 4 2009 setelah mendapat kelulusan daripada Korean Food & Drugs Autorities

    (KFTA).  Produk-produk yang akan dipasarkan adalah:-

     

    Jenis Produk Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
    Tongkat Ali 225 kg

    (RM 5.995 juta)

    450 kg

    (RM 11.990 juta)

    675 kg

    (RM 17.985 juta)

    Kacip Fatimah 90 kg

    (RM 1.539 juta)

    180 kg

    (RM 3.077 juta)

    270 kg

    (RM 4.616 juta)

    Misai Kucing 90 kg

    (RM 0.839 juta)

    180 kg

    (RM 1.679 juta)

    270 kg

    (RM 2.518 juta)

    Pueraria Mirifica 90 kg

    (RM 0.739 juta)

    180 kg

    (RM 1.479 juta)

    270 kg

    (RM 2.218 juta)

     

     

    1. Syarikat yang bertanggungjawab dalam membantu pengeluar-pengeluar produk tempatan adalah:-

     

    POLENS (M) Sdn. Bhd. yang beralamat di No. 1, Jalan Saham 23/2, Kawasan MIEL, Fasa 8, Seksyen 23, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

     

    • Membantu pengeluar-pengeluar menyediakan khidmat pembungkusan termasuk label produk-produk herba dalam bentuk kapsul, tablet dll.

     

    • Mempunyai kepakaran untuk menyediakan formulasi produk-produk mengikut keperluan pelanggan.

     

    PKPS Agro Industries Sdn. Bhd. melalui Premium Bioherbs Sdn. Bhd. yang beroperasi di Selangor Halal Hub, Pulau Indah, Klang, Selangor

     

    • memberi khidmat pemprosesan dalam bentuk mengekstrak bahan aktif herba menggunakan teknologi nano untuk kegunaan produk separa lengkap.

Lampiran

Tiada Lampiran.