PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN

55) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cara pengiraan cukai taksiran kawasan perindustrian di setiap daerah?

    Pengiraan cukai taksiran bagi pegangan di kawasan perindustrian di PBT Negeri Selangor adalah berasaskan kepada kaedah Nilai Tahunan iaitu anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi oleh pemilik sekiranya disewakan mengikut aras tahunan dan didarabkan dengan kadar cukai. Aras tahunan dan kadar cukai adalah berdasarkan kelulusan Kerajaan Negeri selaras dengan Seksyen 130 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

    *Cukai Taksiran = Nilai Tahunan x Kadar Cukai

Lampiran

Tiada Lampiran.