Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

163) PEMBANGUNAN PERUMAHAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peraturan/syarat-syarat utama mengenai pembangunan perumahan oleh para pemaju di kawasan-kawasan yang telah diluluskan untuk pembinaan rumah kediaman, khususnya dalam pembinaan rumah kos rendah?

    Antara syarat utama yang dikenakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi memastikan pemaju membina Rumah Selangorku khususnya Jenis A (Rumah Kos Rendah) sebagaimana yang telah diluluskan adalah :

    • Rumah Selangorku perlu dibina terlebih dahulu atau bersekali dengan pembangunan jenis lain dan PBT tidak dibenarkan meluluskan Kebenaran Merancang (KM) bagi fasa lain / kos bebas selagi sekurang-kurangnya sebahagian daripada Rumah Selangorku tidak

     

    • Pembinaan Rumah Selangorku diletakkan di Fasa Awal

     

    • Senarai pembeli doperoleh daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah (SPPR)

     

    • Memasukkan syarat nuyata tanah sebagai ‘Rumah Selangorku’ di dalam suratan hak milik

     

    • Pemaju disyaratkan untuk membina Rumah Selangorku dalam tempoh 2 tahun dari tarikh kelulusan MMKN dan Kebenaran Merancang oleh PBT dan sekiranya pemaju gagal memulakan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh 2 tahun daripada kelulusan tersebut ianya akan ditarik

     

    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan diarahkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan arahan “Stop Work Order” kepada pembangunan fasa lain / kos bebas sekiranya pemaju gagal menyiapkan pembinaan rumah kos rendah.

Lampiran

Tiada Lampiran.