Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

95) PEMBANGUNAN PERUMAHAN BUKIT BOTAK

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan penduduk perumahan Bukit Botak yang telah mendapat kunci untuk mendiami rumah mereka?

    Sehingga 17 Jun 2013, sejumlah 48 pemilik telah mengambil kunci kediaman masing-masing di mana mereka ini telah membuat bayaran secara tunai membeli rumah-rumah berkenaan. Manakala baki rumah sebanyak 1,377 unit dijangka akan menerima kunci sebelum akhir tahun 2013 memandangkan menunggu kelulusan urusan pinjaman bank dan penyediaan dokumen perjanjian S&P oleh peguam.

Lampiran

Tiada Lampiran.