Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

10) PEMBANGUNAN PERUMAHAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan usaha Kerajaan Negeri bagi membantu para pembeli rumah di Negeri Selangor yang berdepan dengan masalah pemilikan rumah akibat dari kelewatan oleh pihak pemaju?

    Untuk makluman pihak Yang Berhormat, sehingga 15 Ogos 2018 tiada projek Rumah Selangorku yang terbengkalai di lapangan berikutan pemantauan yang ketat dan konsisten oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor melalui Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku).

    Selain daripada kerja memantau kerja pembinaan di lapangan, jawatankuasa ini juga berperanan sebagai pemudah cara dan bertindak sebagai “mediator” sekiranya terdapat kelewatan pembinaan melibatkan permasalah teknikal di peringkat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pihak pembekal perkhidmatan Negeri Selangor (TNB, SYABAS dan lain-lain).

    Walaubagaimanapun, sekiranya permasalahan mengenai kelewatan pembinaan ini disebabkan ketidakpatuhan pihak-pihak terlibat dibawah Akta 118 Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966, permasalah tersebut adalah akan dirujuk kepada badan pengawal iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sehingga 15 Ogos 2018, semua projek Rumah Selangorku dalam pembinaan yang yang telah ditawarkan dan ditandatangani perjanjian jual beli oleh pembeli masih dijadualkan akan siap mengikut jadual yang telah dipersetujui.

Lampiran

Tiada Lampiran.