Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

19) PEMBANGUNAN PROGRAM-PROGRAM DAKWAH ISLAMIAH DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah aktiviti-aktiviti dakwah yang dilaksanakan oleh Kerajaan?

    Aktiviti dijalankan kepada sasaran dakwah dengan pendekatan dakwah umum, dakwah penulisan, dakwah fardhiah dan dakwah bil-hal. Kesemua pendekatan dakwah ini dibuat mengikut perancangan yang dirancang buat di lapangan dan menjangkau dunia tanpa sempadan melalui media massa. Kerajaan telah melaksanakan sebanyak 57 aktiviti. Aktiviti yang dirancang ini termasuk 3 projek utama iaitu Projek Dakwah Komponen, Projek Menghidupkan fungsi Dakwah dan CSR dan Projek Masjid dan Surau “Masjid Rumah Keduaku”

    Antara aktiviti dakwah yang telah kerajaan sediakan adalah:

    1. Program menjana ummah cerdas melalui 10 Penerbitan modul Infografik Umat Cerdas
    2. Tarjih Halatuju Dakwah
    3. Bengkel Penulisan Karya Islami
    4. Bengkel Dakwah Korporat
    5. Seminar Cendekia Umat Komponen Korporat
    6. Taklimat Khas Dakwah semasa kepada guru-guru JAIS
    7. Daurah KItab Klasik
    8. Kem Smart Nuqaba’ Imamah
    9. Persidangan NGO, Negeri Selangor
    10. Zikir Walk
    11. Dakwah dalam Lirik
    12. Mukhayyam Insan Tauhidik
    13. Kem Kepimpinan Cerdas
    14. Cendekia Umat Komponen Agensi Kerajaan
    15. Majlis Perkaderan Dakwah Komponen
    16. Smart OKU
    17. Smart Solat
    18. Daurah Remaja Negeri Selangor
    19. Kem Super Aulad
    20. Kem Aqil Baligh
    21. Kem Konsep Mendirikan Solat
    22. Dakwah Smart Partnership
    23. Ithbat Hafazan
    24. Infografik Dakwah Billboard
    25. Terbitan Video Pendek
    26. Kempen Membudayakan Al-Quran
    27. Edaran CD Al-Quran
    28. Iftar dan Tausiah Ramadhan
    29. Selebriti Talkshow
    30. Akademi Al-Quran
    31. Program Akademi Pendakwah Muslimat
    32. Forum Cendekia India Muslim
    33. Executive Talk – Etika Dakwah Non-Muslim
    34. Klinik Al-Fatihah / Tadabbur Surah Kahfi
    35. Munsyid Got Talent
    36. Sumbangsaran dakwah Bekas APM
    37. Sumbangsaran dakwah Aktor-S
    38. Bimbingan Fardhu Ain Sekolah Pekak
    39. Edaran dakwah Pena Motivasi Islam
    40. Dakwah melalui Facebook
    41. Dakwah Melalui Radio Selangor
    42. Latihan Dakwah Bil-Hal
    43. Jalinan Kasih dengan Saudara Baru
    44. Program hormati budaya
    45. Forum Cendekia Ummat
    46. Kelas Tahsin dan Tarranum
    47. Jelajah Dakwah Mesra Ummah
    48. Kem Street Dakwah
    49. Kem Pendakwah Muda
    50. Interpersonal Dakwah Anak Kariah Masjid
    51. Interpersonal Dakwah Perihatin
    52. Seminar Smart ummah
    53. Muzakarah Pendakwah
    54. Ceramah Umum / Pidato Smart Ummah
    55. Interpersonal Saudara Kita
    56. Kem Cinta Rasulullah s.w.t.
    57. Kem Smart Akidah

Lampiran

Tiada Lampiran.